KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyambut baik penurunan tambang penerbangan ke Sarawak dan Sabah menjelang Aidilfitri ini.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini kerana lebih ramai yang akan berkunjung ke Sarawak dan Sabah menjelang perayaan itu.
"Dari segi trend, kalau kita lihat bulan puasa ini memang kurang pelancong masuk, tetapi menjelang Aidilfitri, lebih ramai yang akan berkunjung ke negeri ini,” katanya pada sidang media ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga MOTAC Sarawak di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Petra Jaya, di sini, hari ini.
Nancy Shukri berkata, ini penting kerana Sarawak mensasarkan ketibaan pelancong sekitar 1.1 juta pada tahun ini.
"Itu adalah sasaran di peringkat awal, kerana saya percaya Sarawak bergantung dengan (ketibaan pelancong) Singapura, Brunei dan m China," katanya.
Sumber dari : Jiwa Bakti